Tolak AUKU, Terapkan Syariah!

Secara jujur dan ikhlas, jika kita menilai AUKU, kita akan dapat mengenal pasti bahawa AUKU adalah bertentangan dengan Islam. Ketepikan padangan prejudis pada mana-mana parti atau pihak, dan lihatlah dengan keikhlasan dan kejujuran, bahawa adalah hampir tiada nilai Islam dalam AUKU. Kita tidak sekali-kali menyatakan bahawa AUKU ini bertentangan dengan Human Rights, tetapi apa yang kita perjuangkan sebagai mahasiswa Muslim ialah the Right of Allah.Undang-undang AUKU ini Berjaya diterapkan oleh pemerintah sekular yang zalim ini kerana sistem demokrasi ini yang membenarkan hal ini berlaku.Sistem demokrasi inilah menjadi punca yang membenarkan manusia membuat hokum sesuka hati menurut hawa nafsu mereka. Mereka sangat takut akan mahasiswa yang mempunyai ideologi Islam ini akan bangkit menentang pemerintahan mereka yang begitu jelas melawan hukum Allah. Kerana itulah mereka melakukan pelbagai usaha untuk menghalang kebangkitan mahasiswa-mahasiswa yang berideologi Islam ini.Benarlah bahawa segala perubahan di dunia ini berlaku apabila dicetuskan oleh mahasiswa.Lihatlah perubahan rejim di Korea, Indonesia dan berbagai lagi tempat di dunia ini semuanya diterajui oleh mahasiswa.AUKU ini direka sebegitu rupa untuk menghalang mahasiswa daripada berpolitik sedangkan berpolitik itu merupakan satu kewajipan di dalam Islam! Oleh itu, kita sebagai mahasiswa yang mempunyai fikrah Islam yang jernih ini hendaklah menyebarkan idea cemerlang ini ke seberapa banyak mahasiswa yang kita dapat capai. Ini kerana kemenangan Islam ini akan bermula dari para pemuda yang berpegang teguh pada Islam. Hal ini terbukti melalui sirah Baginda Rasulullah saw, bahawa para sahabat yang mendukung perjuangan baginda semuanya tergolong dalam golongan yang muda dan berusia kurang dari 26 tahun! Percayalah kebenaran tetap akan muncul umpama munculnya sinaran matahari menerangi waktu fajar walaupun kebenaran berada dalam pihak yang sedikit. Kerana pihak yang sedikit itulah digelar Al-Ghuraba yang dijanjikan kemenangannya oleh Allah kerana keimanan mereka yang membakar semangat mereka untuk meneruskan perjuangan.AUKU ini dicipta oleh pemerintah korup seperti Mahathir dan konco-konconya dengan harapan dapat menakutkan para mahasiswa daripada menjadi lebih aktif.Mahasiswa-mahasiswa yang ada sebelum ini berjaya dilemahkan oleh pemerintah kerana mereka masih belum mendapat ideologi Islam yang mustanir. Zaman ketakutan terhadap AUKU sudah berlalu dan kini tiba masanya untuk mahasiswa memimpin revolusi agar Syariah Islam dapat ditegakkan di bumi Malaysia ini InsyaALLAH!

Tags: ,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: