Seruan Penegakan Islam secara Menyeluruh di dalam Kehidupan!

Islam: Sebuah Ideologi

Islam adalah ad-Deen (agama dan ideologi) yang lengkap yang telah diturunkan oleh Allah kepada Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihiwasalam untuk mengatur tiga hubungan,hubungan  manusia dengan Penciptanya, dan dengan dirinya dan manusia lain.

1.Manakala hubungan manusia dengan Penciptanya meliputi aqidah dan ibadah,

2.dan hubungan dengan dirinya meliputi akhlak,makanan dan pakaian,

3.dan hubungan dengan selainnya dari kalangan manusia meliputi mu’amalat dan ‘uqubat/hukuman. Hubungan antara manusia dengan manusia yang lain inilah yang membentuk sebuah sistem cara hidup(sistem ekonomi,sistem pemerintahan,sistem perundangan,sistem pendidikan,sistem polisi luar negeri,sistem sosial).

Sekiranya kita membuat perbandingan antara Sistem Pengadilan dalam Islam dan sistem perundangan sivil common law di Malaysia ini, ketika itulah kita akan melihat betapa cantiknya pengaturan Islam yang menghasilkan masyarakat yang benar-benar takutkan Allah dengan Taqwa. Sememangnya sistem hukuman dalam Islam ini akan menyelesaikan 1001 trauma dan kerosakan didalam masyarakat yang ada pada hari ini. Benarlah, hanya Islam satu-satunya solusi yang kita ada. Sungguh jelas dapat kita lihat bahawa undang-undang yang diwarisi daripada British itu tidak akan menyelesaikan masalah kita selamanya. Lihatlah dengan angka-angka statistik yang sangat mengejutkan sekiranya kita meneliti realiti yang berlaku pada hari ini. Bertubi-tubi masalah melanda umat Islam termasuk buang bayi, anak luar nikah, zina, murtad dan banyak lagi! Lihatlah kerosakan yang berlaku pada institusi kekeluargaan pada hari ini! Masihkah mahu berharap pada undang-undang kufur ini yang dibina atas dasar FREEDOM semata-mata? Apakah HUMAN RIGHTS ini memberi kesejahteraan kepada Umat Islam? Bukankah Kebebasan yang itu telah menghancur-luluhkan masyarakat Islam kita?

Jika kita melihat Sistem Pemerintahan dan Politik dalam Islam (Khilafah) dan dibandingkan dengan sistem Politik masa kini, seperti Demokrasi, Monarki, serta Sosialis-Komunis, ianya benar-benar jauh berbeza bagaikan langit dengan bumi. Dari sini, kita dapat melihat betapa cantik dan canggihnya Islam yang mana mampu dan telah terbukti menyatukan hampir semua (2/3 dunia) manusia yang ada di dunia ini! Ikatan Aqidah Islam inilah, iaitu Laa ilaha illallah Muhammadur Rasulullah yang telah menyatukan Umat Islam….Bukan ikatan Perkauman, Kebangsaan, Berpuak-puak, dan Nasionalisme! Sedarlah Umatku! Sesungguhnya ikatan inilah yang telah meleraikan ikatan persaudaraan Islam yang mana menjadikan kita terpecah kepada 57 buah negara yang lemah, dihimpit-himpit oleh Kuffar La’natullah sesuka hati mereka! Ingatlah, sejarah telah membuktikan bahawa kita merupakan Umat yang satu, menyembah Allah yang satu, mempunyai Rasul yang satu, Kitabullah yang satu, Negara kita satu, Tanah kita satu, Bendera kita satu. Lantas, apa yang telah menjadikan kita lemah tanpa pembelaan? Penyakit Asobiyah, Perkauman, Kebangsaan dan Nasionalisme inilah yang menjadi penghalangnya! Siapakah yang mencipta dan melukis sempadan-sempadan yang terpisah pada hari ini sedangkan kita pada asalnya merupakan kesatuan yang satu??? Siapa lagi kalau bukan penjajah kafir la’natullah! Mereka meninggalkan kita dengan Perlembagaan dan Agen-Agen mereka yang meneruskan cara pemerintahan mereka terhadap kita. Cuma kulit mereka saja yang berbeza. Belum tibakah lagi masanya untuk umatku bangkit terjaga dari mimpi yang membelenggu ini???

Manakala Sistem Ekonomi Islam adalah sebuah sistem yang pasti menghapuskan kemiskinan dan pengangguran jauh sekali berbeza dengan Sistem Ekonomi Kapitalisme serta Sosialisme yang sangat mencekik leher-leher kita, Percayalah wahai kaum Muslimin, bahawa hanya Islamlah solusi dan penyelesaian satu-satunya yang kita ada. Islam menjamin tiga keperluan asas rakyat iaitu makanan, minuman, pakaian dan tempat tinggal. Kerana itulah di dalam sebuah Negara Khilafah Islam, tidak boleh ada seorang pun yang kebuluran dan tidak mempunyai rumah. Begitu juga Islam menjamin tiga hak asas iaitu pendidikan, kesihatan, dan keselamatan. Maka sebuah Negara Khilafah wajib menyediakan pendidikan dan kesihatan kepada rakyatnya secara percuma. Tidak berhenti sekadar itu, di dalam sebuah Negara Khilafah, rakyat tidak perlu membayar bil air, bil eletrik, minyak, tol, mahupun cukai! Hal ini didasarkan pada hadith Rasulullah saw:

“Tiga hal yang tidak akan pernah dilarang (dari manusia memanfaatkannya) adalah air, padang ragut dan api” [HR Ibnu Majah].

Sesungguhnya tidak akan masuk syurga orang yang memungut cukai (mukus)”
[HR Ahmad, Abu Daud & Hakim].

Ekonomi yang dibina berteraskan ekonomi Islam adalah kukuh kerana bersandarkan matawang Dinar Emas dan Dirham Perak, tidak seperti ekonomi kapitalis yang bersandar hanya kepada wang fiat yang terumbang-ambing. Ekonomi Islam tidak akan pernah menjadi seperti ekonomi kapitalis yang tidak stabil dan hanya menunggu masa saja untuk runtuh. Apakah kita masih berharap kepada kapitalis yang begitu usang da uzur ini??? Islam ada penyelesaiannya, Islam ada jawapannya terhadap Kemiskinan, Kebuluran, dan Pengangguran!

Sistem Pendidikan Islam-lah yang menjadikan dunia Islam sebagai Pusat Ilmu yang mana menjadi tumpuan dunia untuk mempelajari ilmu serta teknologi yang juga melahirkan begitu banyak cendekiawan-cendekiawan dan pemikir dunia seperti Ibnu Sina, Al-Khawarizmi dan sebagainya. Sistem pendidikan Islam juga telah memberikan peluang kepada semua orang kerana polisi pendidikannya yang percuma! Jika dibandingkan dengan Sistem Pendidikan Sekular, telah lahir begitu ramai penzina-penzina, kaki konsert, pemuja-pemuja artis,  perasuah, penerima rasuah, Orang yang Bijak tapi hancur Akhlaknya, serta melahirkan orang-orang yang memisahkan antara agama dan kehidupan. Agama pada anggapan mereka hanyalah sekitar individu, spiritual/ibadat, solat, puasa, haji, di masjid-masjid saja. Apabila masuk ke alam realiti kehidupan, mereka mengatakan Agama tidak boleh dicampur-adukkan malah tidak berfungsi langsung! Kerana itulah banyak orang yang solat, tetapi mengambil pinjaman riba, memakai seluar pendek, pakaiannya bagaikan sarung nangka…Na’udzubillah…

Mari kita bandingkan pula Sistem Polisi Luar Negara Islam iaitu Da’wah dan Jihad Futuhat dan polisi luar negara Amerika. Rasulullah saw, ketika mula-mula mendirikan Daulah Islam di Madinah, Baginda saw telah mengisytiharkan keberadaan Negara Islam Madinah kepada seluruh kerajaan-kerajan Arab disekitar Jazirah Arab termasuk kerajaan Rom dan Parsi. Ketika itu, Rasulullah saw mengutus sahabat-sahabat baginda kepada penguasa-penguasa tersebut dengan surat yang ditulis dengan tulisan arab! Surat tersebut hanya mengandungi satu tujuan, satu maksud, menawarkan 3 perkara, samada memeluk Islam, membayar jizyah, ataupun Jihad.

Inilah antara seruan yang dihantar oleh utusan-utusan Rasulullah saw berupa “Aslim, Taslim” (Masuklah Islam, Maka kamu akan Selamat). Sesungguhnya Islam itu membawa Cahaya, membebaskan perhambaan kepada manusia kepada perhambaan kepada Allah swt. Tidak pula Rasulullah saw mengadakan hubungan luar negara seperti hubungan ekonomi, kebudayaan dan sebagainya seperti pemimpin-pemimpin kaum muslimin yang ada pada hari ini. Bayangkanlah, sekiranya pemimpin-pemimpin umat Islam pada hari ini, mengutus Menteri Luar Negeri atau Duta-Dutanya kepada Barrack Obama, Amerika, Rusia dan negara-negara lain menyerukan “Aslim Taslim”. Pasti seluruh dunia akan menyaksikan dan mendengar hal ini dalam media massa berita, TV, surat khabar, internet dan sebagainya. Pasti seluruh dunia gempar akan hal ini! Begitulah yang berlaku ketika Rasulullah saw mengutus Sahabat-Sahabat kepada kuasa-kuasa besar (Super Power) ketika itu, Rom dan Parsi.

Jihad Futuhat(Pembukaan) itu berbeza dengan realiti Penjajahan yang berlaku pada hari ini. Apabila Islam membuka satu-satu tempat, wanita, kanak-kanak, tempat-tempat ibadat tidak akan diusik walaupun sedikit. Masyarakat disitu juga tidak akan dilayan seperti hamba. Malah sistem-sistem Islam, syariat Islam akan diterapkan disitu, dengan itu orang-orang non-muslim akan melihat keindahan Islam. Kerana itulah berbondong-bondong manusia yang memasuki Islam kerana mereka dapat melihat sendiri Cahaya Islam itu dihadapan mereka. Kerana itulah sejarah membuktikan bagaimana non-muslim itu lebih suka untuk hidup di dalam Daulah Islam daripada dalam Cengkaman Negara Kufur sehingga mereka sendiri menjadi tentera mempertahankan Daulah Islam. Hal inilah yang berlaku ketika Islam memimpin 2/3 dunia termasuk Jazirah Arab, Spain, India, sebahagian Eropah, sebahagian Rusia, hingga ke Nusantara.

Walaubagaimanapun, segala sistem-sistem Islam yang sempurna ini hanya akan berjaya ditegakkan apabila sebuah Negara Khilafah Islam didirikan kembali. Hanya dengan cara inilah ideologi-ideologi demokrasi, sekular, kapitalis, dan sosialis akan dikalahkan! Inilah janji Allah dan Rasul kepada kita, marilah kita bergerak mendirikannya!

Dalam Negara Khilafah, Non-Muslim Adalah Ahlu Dzimmah

Allah SWT menurunkan syariat Islam kepada Rasulullah SAW sebagai rahmat bagi seluruh umat manusia, apapun warna kulit, agama, ras atau latar belakang mereka,

“Dan tidaklah Kami mengutus engkau (wahai Muhammad) melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekelian alam” [TMQ al-Anbiya (21):107].

Tidak ada cara yang lebih baik bagi non-Muslim untuk melihat kebenaran dan keindahan Islam kecuali dengan mereka hidup di dalam sistem Islam dan merasai sendiri kedamaian dan keadilan hukum Allah SWT ke atas mereka. Tidak boleh ada diskriminasi antara Muslim dan Non-Muslim di dalam Negara Islam Khilafah. Negara  Khilafah harus menjaga dan melindungi kepercayaan, kehormatan, akal, kehidupan dan harta benda mereka. Kedudukan non-Muslim yang wajib dijaga di dalam Daulah Islam diterangkan oleh Rasulullah SAW dalam sabdanya,

“Barangsiapa membunuh seorang mu’ahid (non-muslim yang mendapatkan jaminan keamanan) tanpa alasan yang hak, maka ia tidak akan mencium wangi syurga, walaupun dari jarak empat puluh tahun perjalanan sekali pun” [HR Ahmad].

 

Non-Muslim Berhak Menjalankan Kepercayaan Mereka

Allah SWT berfirman,

“Tidak ada paksaan untuk (memasuki) agama (Islam)” [TMQ al-Baqarah (2):256].

Ayat ini memberi maksud bahawa Negara Islam tidak diperbolehkan memaksa orang-orang bukan Islam untuk meninggalkan kepercayaan mereka dan masuk ke dalam agama Islam. Non-Muslim diseru masuk Islam dengan cara meyakini akidah Islam dengan akalnya secara intelektual. Dari fakta sejarah sekalipun, telah terbukti bahawa Negara Khilafah tidak pernah memaksa warganya yang non-Muslim untuk masuk Islam di mana sehingga ke hari ini kita masih boleh melihat adanya komuniti Yahudi dan Kristian yang tinggal di kawasan Timur Tengah (yang masih kekal dalam agama mereka) walaupun Khilafah telah berkuasa di kawasan tersebut selama 1300 tahun. Kita melihat penerapan peraturan ini secara praktis selama masa pemerintahan Khilafah Utsmaniyah (Ottoman Empire).

Kehakiman

Di mata perundangan, tidak ada perbezaan antara non-Muslim dengan Muslim, kedua-duanya wajib dibicarakan menurut hukum Islam. Hakim (qadhi) wajib menggunapakai hukum pembuktian menurut syariat Islam semata-mata, bukan menurut aturan lain. Ada banyak contoh yang menunjukkan bagaimana non-Muslim dapat mengalahkan seorang Muslim di bidang pengadilan. Pada masa Khalifah Umar bin Khattab, beberapa orang Muslim merampas tanah yang dimiliki oleh seorang Yahudi dan mendirikan masjid di atas tanah tersebut. Ini jelas melanggar hak Yahudi tersebut sebagai ahlu dzimmah. Umar kemudian memerintahkan agar masjid tersebut dirobohkan dan tanah tersebut dikembalikan kepada Yahudi tersebut. Dalam kes lain, pada masa pemerintahan Ali, seorang Yahudi mencuri baju zirah milik Ali (Khalifah). Ali kemudian melaporkan hal berkenaan kepada qadhi dan membawa anaknya sebagai saksi. Hakim menolak hujah sang Khalifah, dan menyatakan bahawa seorang anak tidak dapat dijadikan saksi dalam perkara yang melibatkan bapanya di sidang pengadilan. Setelah menyaksikan keadilan tersebut, si Yahudi kemudian mengaku bahawa dia memang mencuri baju tersebut dan kemudian memeluk Islam.

Nabi SAW pernah bersabda,

“Siapapun yang menindas seseorang yang terikat perjanjian (mu’ahid – non muslim), atau membebaninya melebihi kemampuannya dan menyakitinya atau mengambil apapun yang menjadi haknya tanpa kerelaan darinya, maka aku akan menuntut orang (penindas) tersebut pada Hari Perhitungan” [HR Abu Dawud].

Ketenteraan

Melindungi ahlu dzimmah merupakan kewajiban bagi seluruh umat Islam. Imam Ibnu Hazm menyatakan,

“Salah satu hak yang dimiliki oleh ahlu dzimmah (non-muslim) adalah bilamana Negara Islam diserang dan mereka tinggal di wilayah Islam, maka umat Islam wajib melindungi mereka mati-matian. Dalam hal ini, perlakuan lemah lembut adalah hak para ahlu dzimmah.”

Khatimah

Dengan melihat kepada nas-nas dan juga fakta sejarah, sesungguhnya kewujudan Negara Khilafah dan penerapan syariat Islam di dalamnya bukanlah sesuatu yang perlu ditakuti oleh kaum non-Muslim, malah mereka akan pasti menyukainya. Khilafah adalah sebuah Negara yang akan membawa mereka keluar dari kegelapan dan penindasan sistem Kapitalisme, menuju cahaya dan keadilan Islam. Perlakuan Khilafah terhadap kaum non-Muslim yang begitu adil berdasarkan perintah dari Allah dan Rasul, telah pun dan pasti akan membuatkan mereka memeluk Islam beramai-ramai. Di sepanjang tinta emas sejarah peradaban Islam, jumlah non-Muslim yang memeluk Islam sangat besar sekali kerana mereka telah merasai sendiri keindahan dan keadilan Islam yang diterapkan oleh Khilafah ke atas mereka. Inilah sebabnya mengapa orang Kristian Asy-Syam sanggup berperang di sisi umat Islam dalam menghadapi serangan Tentera Salib Eropah yang hendak menyerang negara mereka. Keadaan ini sangat berbeza dengan kedudukan hari ini di mana bukan sahaja non-Muslim, malah kaum Muslimin sendiri ditindas dan dizalimi dengan teruk sekali di bawah penerapan undang-undang kufur/sekular, baik oleh pemerintah kuffar mahupun pemerintah Muslim sendiri. Namun kita yakin bahawa, apabila Allah SWT memberikan kemenangan kepada kita berupa tegaknya Negara Khilafah untuk kedua kalinya sedikit masa lagi, maka kita akan menyaksikan kebenaran firman Allah sebagaimana termaktub di dalam Surah an-Nasr –

“Apabila telah datang pertolongan Allah dan kemenangan. Dan kamu melihat manusia masuk ke dalam agama Allah dengan berbondong-bondong, maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan mohonlah ampun kepadaNya. Sesungguhnya Dia adalah Maha Menerima Taubat”.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: