Seruan Khusus untuk Pemuda Islam!

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh! Wahai kaum muslimin sekalian! Wahai para pemuda-pemudi Islam! Kami adalah pemuda Islam yang merindukan kemenangan Islam! Kami mewakili suara-suara pemuda-pemuda Islam yang sudah muak dengan kehinaan yang menimpa Umat Islam di saat ini!

Wahai para pemuda Islam sekalian! Anda adalah the agent of change iaitu ‘penggerak perubahan’ ! Kita mempunyai daya yang luar biasa dalam melakukan perubahan. Lihat saja para pemuda yang tabah bersama Rasulullah SAW dalam rangka melakukan perombakan terhadap sistem jahiliyah yang ada. Saidina Ali bin abi thalib (8 tahun), Zubair bin awwam (8 tahun), Thalhah bin ubaidillah ( 11 tahun), Al-arqam bin abi al-arqom (12 tahun), Abdullah bin Mas’ud (14 tahun), Saad bin Abi Waqqash (17 tahun), Ja’far bin Abi Thalib (18 tahun), Zaid bin haristah (20 tahun ), Mush’ab bin Umair (24 Tahun), dan Umar bin Khattab (26 tahun) ketika awal mula tampil sebagai pembela Islam. Mereka semua telah menorehkan tinta emas dalam perjuangan dan perubahan.

Statistik PDRM menunjukkan bahawa ada 152 kes bunuh yang berlaku dalam suku tahun pertama 2006. Secara purata, pada setiap 14 jam 13 minit berlaku satu kes pembunuhan di Malaysia. Statistik PDRM mencatatkan bahawa pencerobohan terhadap harta milik orang lain berlaku secara purata setiap 3 minit 30 saat. Jumlah anak luar nikah (anak zina) di Malaysia mencecah 257,411 orang. Ini bermakna setiap 37 minit akan berlaku satu kes perzinaan, dan dalam masa 1 jam 25 minit seorang bayi yang tidak berdosa (tidak sah nasab) dilahirkan hasil perzinaan pasangan bergelar ‘Muslim’. Menurut Mufti Perak Datuk Seri Harussani Zakaria, beliau mendakwa seramai 250,000 orang Islam di Malaysia termasuk seorang yang bergelar ‘ustazah’ telah murtad. Malah Lina Joy telah lama bebas menjadi orang murtad hingga kini!

Oleh itu, sebuah paradigma pemikiran dan tenaga diperlukan bagi menggerakkan para pemuda ke arah kebangkitan sebenar, ada yang memperjuangkan nasionalisme atau kebangsaan Melayu, Sosialisme, Demokrasi, Liberal, atau Sekular. Semuanya mewakili 3 ideologi yang ada di dunia saat ini, iaitu Kapitalisme, Sosialisme serta Islam. Jadi apakah Ideologi yang mampu menyelesaikan masalah umat ini? Apakah ideologi yang benar-benar mampu mengubah dunia ini menjadi aman?

Pastinya perubahan yang berasaskan Ideologi Islam adalah pilihan yang paling tepat. Hal ini kerana, pertama, Allah SWT sendiri memerintahkan kita untuk menerima Islam secara keseluruhan (kaffah) dan bukan setengah-setengah. Kedua, hanya perubahan dengan Islam-lah, kemuliaan ummat akan benar-benar terwujud.

Kini satu-satunya penyelesaian masalah umat ini hanyalah pada Ideologi Islam, setelah gagalnya sosialisme di Rusia dan semakin hancurnya kapitalisme demokrasi yang dipimpin Amerika, kini hanya ideologi Islam yang diharapkan menjadi pencetus perubahan kepada dunia ini, perubahan yang benar-benar sudah teruji dan terbukti selama berabad-abad mampu memberikan kepuasan hati. Sesungguhnya, Negara Islam Daulah Khilafah telah menaungi dunia 2/3 dunia selama 1300 tahun lamanya. Islam pernah menjadi pemimpin dunia, Islam pernah menguasai dunia! Tiba masanya kita kembalikan keagungan Islam dengan cara menegakkan kembali Daulah Khilafah!

Teladan kita bukanlah orang seperti Karl Marx, Mahatma gandhi, Hugho chaves, atau Barack Obama. Namun teladan kita adalah Muhammad SAW. Kita ingin menjadi seperti Saidina Ali bin abi thalib yang begitu gagah berani menjadi pembela agama Allah, kita ingin seperti Thariq bin ziyad sang pembebas andalusia, kita juga ingin menjadi seperti Muhammad Al-Fatih seorang pemimpin muda dari pasukan penakluk kota konstatinopel yang dalam pidatonya (sebelum penaklukan) mengatakan: ”wahai semua pasukan, kalian harus menjadikan syariat didepan mata kalian”. Yang dengan izin Allah akhirnya berhasil menjalankan misinya. Kerana kita adalah pemuda Islam. Allahu Akbar!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: