SERUAN MENGEMBALIKAN KHILAFAH

Saudara-saudaraku yang mulia! Assalamu‘alaikum wa rahmatullahi wa barakatuh.

Pihak kuffar Barat benar-benar memahami bahawa kekuatan dan penyatuan umat Islam yang hakiki adalah di bawah Daulah Khilafah. Kerana itulah mereka telah berusaha bersungguh-sungguh dan menggunakan segala kekuatan, tipu helah, kelicikan dan agen-agen mereka bagi menghancurkan umat Islam. Bukan setakat itu sahaja, setelah mereka berjaya dan bergembira menyaksikan kehancuran Islam, mereka tidak pernah lalai dan berhenti dari usaha mereka seterusnya untuk memastikan umat Islam tidak akan bangkit dan bersatu kembali. Tidak cukup dengan itu, mereka malah melakukan serangan fizikal secara besar-besaran ke atas umat Islam, merogol, membunuh, memerangi, menangkap, memenjara, menyiksa dan melakukan pelbagai bentuk kekejaman lainnya yang benar-benar tidak berperikemanusiaan. Umat Islam diperlakukan umpama binatang, malah jauh lebih buruk dari itu. Ya, mereka telah melakukan semua itu dan mereka telah melakukannya dengan begitu mudah sekali! Kenapa? Kerana umat Islam telah kehilangan perisainya yang selama ini menjaga dan melindungi mereka – Khalifah! Takbir! Allahu Akbar! 3x

Wahai Kaum Muslimin! Apakah Islam itu tidak sempurna sehinggakan kita perlu mengambil sistem pemerintahan dari Barat seperti demokrasi? Tidakkah Islam mempunyai sebuah sistem pemerintahan? Sistem pemerintahan Islam adalah Khilafah! Khilafah adalah kepemimpinan umum bagi seluruh kaum Muslimin di dunia untuk menegakkan hukum-hukum syariat Islam dan mengembang risalah Islam ke seluruh penjuru dunia. Perlu difahami bahawa, Khilafah itu adalah Sistem Pemerintahan Islam dan Khalifah itu adalah ketua negaranya. Sesungguhnya Negara Islam iaitu Daulah Khilafah keberadaannya wajib hanya satu untuk seluruh dunia!

Apa yang kita saksikan saban hari sejak kejatuhan Khilafah hinggalah ke hari ini adalah penderitan demi penderitaan yang tidak berkesudahan menimpa umat Islam. Kesatuan umat Islam telah berkecai dan persaudaraan mereka telah hancur. Segala ini berlaku setelah jatuhnya Khilafah Uthmaniyyah di mana umat Islam mula dihadiahkan kemerdekaan oleh pihak kuffar Barat untuk menubuhkan negara bangsa (nation states). Maka dari sini, masing-masing mula berjuang untuk bangsa dan berebut-rebut bersengketa sesama sendiri untuk berkuasa dan mengekalkan kekuasaan, tanpa menghiraukan lagi apa yang terjadi kepada saudara mereka di negara lain. Yang penting, perlu bersyukur dengan keamanan dan kesejahteraan yang dinikmati di negara sendiri. Bangsa lain, negara lain… itu masalah mereka, tidak ada kena mengena dengan kita. Inilah antara kata-kata yang lahir dari sebahagian umat Islam, khususnya pemimpin mereka! Takbir! Allahu Akbar! 3x

Wahai kaum Muslimin! Bermulanya segala penderitaan dan kehinaan yang menimpa umat ini, adalah kerana tidak adanya sebuah institusi, yakni Daulah Khilafah yang mampu untuk melindungi kaum muslimin dan memartabatkan maruah kaum muslimin! Umat ini adalah umat yang pernah satu ketika dulu memimpin dunia dan membawa rahmat ke setiap penjuru alam. Tidak ada fakta yang dapat menafikan bahawa Sistem Pemerintahan Khilafah yang telah diamalkan oleh umat Islam semenjak zaman Khalifah Rasyidah hinggalah ke zaman Uthmaniyyah, telah menjaga dan melindungi umat Islam. Apa yang telah dilakukan oleh para Khulafa’ Rasyidah dan diteruskan oleh pengganti-pengganti mereka ini telah terpahat dalam sejarah dan memenuhi ribuan lembaran kitab.

Wahai kaum Muslimin! Ingin kami tegaskan sekali lagi bahawa kewajiban menegakkan kembali Khilafah ini adalah kewajiban kita semua. Sebuah kewajiban itu statusnya sama sahaja bagi setiap Muslim, tidak kira siapa pun dia, bangsa dan keturunan apa pun dia selama mana dia termasuk dari kalangan orang Islam. Oleh itu, tiada beza di antara kewajiban solat, puasa, zakat, mentaati ibu bapa, menuntut ilmu, berdakwah, menegakkan Khilafah dan sebagainya. Semuanya adalah kewajiban dan kita semua wajib melakukannya. Takbir! Allahu Akbar! 3x

Sesungguhnya kami senantiasa mengimani janji Allah Subhanahu wa Ta’ala dan membenarkan khabar gembira dari Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam tentang kembalinya Khilafah ala minhaj nubuwwah untuk kedua kalinya. Kami senantiasa berusaha dan yakin akan kedatangan penyelamat umat ini seraya memohon kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala agar Dia memuliakan kami dengan tertegaknya Khilafah melalui tangan-tangan kami; agar kita semua dapat bernaung di bawahnya; agar kita semua dapat mengibarkan panji-panji Rasulullah di seluruh pelusuk bumi; agar cahaya Allah akan kembali menerangi alam. Insya Allah. Justeru, marilah kita bersama-sama memikul kewajiban menegakkan kembali Khilafah ini wahai kaum Muslimin. Bersama-samalah dengan kami di dalam dakwah mengembalikan semula kemuliaan umat ini. Takbir! ALLAHU AKBAR! 3x

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: