Sengsara Si Miskin di bawah Sistem Kapitalis!

Nilai: “Biarlah kami tidak makan dan hidup melarat. Namun, untuk menjual atau memberi anak kepada orang itu tidak sekali-kali akan saya lakukan, kerana mereka nyawa saya.” Kata Nurhaslinda Ramli, 28.

Menurut ibu kepada 6 anak itu, ada jiran dan kenalan menasihatkan supaya dia menyerahkan semua anaknya, termasuk menjual dengan tawaran ribuan ringgit kepada orang lain bagi memastikan mereka menikmati kehidupan yang lebih sempurna.

“Suami saya hanya berpendapatan RM27 sehari sebagai seorang pekerja di kedai mencuci kereta. Jika dia tidak bekerja, kami semua tidak akan merasa makanan untuk sehari, “ katanya ketika ditemui Harian Metro, disini, semalam.

Nurhaslinda berkata, lebih memeritkan apabila anak bongsunya yang juga pasangan kembar berusia lima tahun, Haqif Haikal dan Haqig Haikil menghidap penyakit tiroid dan memerlukan rawatan segera.

“Doktor mengesahkan mereka (kembar) mempunyai saluran pernafasan yang sempit yang menyukarkan pernafasan. Setakat ini, mereka bergantung kepada ubat-ubatan hingga usia mencecah 3 tahun sebelum pembedahan boleh dilakukan.

“Mereka tidak pernah minum susu seperti kanak-kanak lain dan saya hanya mampu memberikan susu pekat manis sebagai makanan harian,” katanya.

Menurutnya, dia sememangnya terfikir untuk bekerja, namun kesihatan anak kembar yang memerlukan penjagaan rapi membataskan hasratnya itu.

“Saya kerap mendengar sindiran jiran tetangga yang mempersoalkan usia saya yang masih muda dan boleh bekerja. Namun, mereka tidak mengetahui keadaan anak saya yang sakit dan memerlukan pemantauan,” katanya.

Anak kelahiran Port Dickson itu memberitahu rumah sewanya di Kampung Chelet, di sini sudah 4 bulan tidak dibayar, malah anak sulung berusia 15 tahun terpaksa berhenti sekolah kerana mahu meringankan beban keluarga.

“Selain itu, yuran sekolah anak tertangguh beberapa bulan kerana saya tidak mampu membayarnya dan berharap Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dapat memberikan bantuan.

“Tetapi saya bersyukur pemilik rumah banyak membantu dan faham masalah dihadapi kami sekeluarga,” katanya.

Sumber: Harian Metro, 12 November 2011

Ulasan:

Kisah ini cumalah secebis dari ribuan kes-kes pilu yang ada ditengah-tengah masyarakat kita ini. Cuba anda bayangkan betapa peritnya kehidupan 8 beranak yang bertahan hanya dengan RM27 sehari? Lebih menyayatkan lagi ialah bayi kecil mereka yang sedang menghidap penyakit yang serius terpaksa makan susu pekat manis yang merupakan minuman orang dewasa, ini malah boleh menjadikan penyakit anaknya lebih serius! Tapi apakan daya, mereka tidak mempunyai wang walaupun untuk membeli tepung susu untuk si anak kecil… Anak sulung mereka yang berumur 15 tahun itu sepatutnya hidup seperti anak-anak yang lain, menuntut ilmu di sekolah. Namun niat suci itu terhalang kerana desakan kemiskinan mereka. Himpitan kemiskinan itu juga membuatkan adik-adiknya yang lain terpaksa menebalkan muka mereka untuk menjawab pertanyaan gurunya yang meminta dijelaskan yuran sekolah yang tertunggak, begitu juga ibu bapanya yang sudah berbulan-bulan tidak membayar sewa rumah.

Di dalam suasana yang menyedihkan itu, masih ada manusia yang tidak berhati perut mengutuk kemiskinan mereka. Alangkah busuknya hati segelintir manusia yang berpemikiran kapitalis ini yang mengambil kesempatan diatas kesengsaraan hidup seseorang dengan menawarkan untuk membeli anak-anak mereka yang kemiskinan! Mereka tidak berniat sedikitpun untuk membantu meringankan beban si miskin, tetapi malah ingin menghancurkan lagi hidup si miskin dengan menawarkan untuk diserahkan anak mereka!

Yang lebih menyakitkan hati ialah tindakan kerajaan ke atas mereka yang tidak bernasib baik ini. Apakah yang Jabatan Kebajikan Masyarakat boleh lakukan dengan hanya memberi bantuan RM300 atau RM400 untuk membayar sewa rumah, yuran sekolah, bayaran perubatan dan duit makan untuk 8 beranak???

Sistem Kapitalis yang kita hidup ketika ini sememangnya membebankan kehidupan. Untuk menyekolahkan si anak, kita terpaksa membayar. Untuk menghantar anak ke hospital, kita terpaksa membayar lagi. Di manakah keadilan untuk kita? Dimanakah keadilan untuk 8 beranak ini?

Sekiranya kita hidup di dalam sistem Islam, hal ini tidak akan berlaku kerana Islam memastikan hak asas rakyat itu dipenuhi, iaitu makanan, pakaian, dan tempat tinggal. Begitu juga keperluan asas rakyat iaitu pendidikan, kesihatan, dan keamanan itu dijamin secara percuma oleh kerajaan.

“Seorang iman (pemimpin) adalah bagaikan penggembala, dan dia akan diminta pertanggungjawaban atas gembalaannya (rakyatnya).”
[HR. Bukhari dan Muslim].

Dimanakah pemimpin kita yang budiman, Dato’ Seri Najib Tun Razak? Mungkin muka beliau akan timbul di muka hadapan akhbar menyerahkan cek duit kepada si miskin apabila tibanya waktu pilihanraya… Inilah kejijikan sistem demokrasi, pemimpinnya tidak pernah memikirkan tentang kebajikan rakyatnya. Malah sistem ekonomi kapitalis ini mengajar bahawa kemiskinan adalah sesuatu yang mustahil untuk dihapuskan! Sangat jelas bagi kita bahawa sistem kapitalis ini tidak pernah mensejahterakan rakyat. Tidakkah pemimpin-pemimpin ini mempelajari kisah bagaimana Khalifah Umar Abdul Aziz menghapuskan kemiskinan hanya dalam tempoh 2 tahun??? Sebagaimana yang diungkapkan oleh Yahya bin Sa’id, seorang petugas amil zakat pada zaman Khalifah Umar bin Abdul Aziz. Beliau berkata, “Khalifah Umar bin Abdul Aziz  telah mengutusku untuk mengumpulkan zakat orang Afrika. Lalu aku menariknya dan aku minta dikumpulkan orang-orang fakirnya untuk kuberi zakat. Tapi ternyata tidak ada seorang pun dari kalangan mereka yang mengambilnya. ” [Ulwan, 1985:2, As-Siba’i, 1981:392].

Hanya Negara Khilafah-lah yang akan menghapuskan kemiskinan yang dihasilkan oleh sistem ekonomi kapitalis yang menekan rakyat ini. Marilah kita bersama meraih kemuliaan di dalam usaha menegakkan Khilafah Ar-Rasyidah kedua yang dijanjikan Allah dan Rasul!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: