Facebook Mempertahankan Penghinaan ke atas Nabi SAW

Nilai-nilai Barat telah menunjukkan kebusukkannya. Baru-baru ini, laman sesawang sosial Facebook telah memberikan ruang kepada para penghina Nabi SAW untuk mempromosikan apa yang disebut sebagai “Draw Muhammad Day”. Ia merupakan suatu tindakan provokatif yang mengajak orang ramai untuk memuat naik gambar-gambar yang menghina Nabi Muhammad SAW. Di England, tindakan penghinaan ini mendapat kecaman yang hebat daripada kaum Muslimin. Dalam suatu kenyataan, syarikat yang berpangkalan di Californa ini membela kumpulan yang mendakwa sebagai “kebebasan menyatakan pendapat”, mengatakan bahawa “kami sangat percaya bahawa pengguna facebook memiliki kebebasan untuk menyatakan pendapat mereka dan kami tidak boleh mengambil kandungan, kumpulan atau laman yang berbincang tentang menentang negara, agama, entiti politik atau idea.” Wakil media Hizbut Tahrir Britain, Taji Mustafa mengatakan, “Kami mengecam sekeras-kerasnya tindakan provokatif dan pembelaan serta sikap hipokrit pihak pengurusan Facebook. Masyarakat Barat dan pihak pengurusan biasanya melakukan penapisan apabila munculnya isu-isu perkauman, isu gender atau orientasi seksual. ” “Namun, keputusan untuk mempertahankan promosi penghinaan ke atas Nabi Muhammad SAW telah menggambarkan bahawa tidak ada batasan dalam menghina, menyinggung perasaan atau kebencian apabila dituju kepada Islam, khususnya dalam era perang global pemerintah Barat terhadap Islam. ” “Seruan menggambarkan penghinaan ke atas Nabi Saw bukan sekadar serangan, malah ini adalah gambaran yang sangat dangkal dan menjijikkan terhadap seseorang yang kami cintai. Ini adalah fitnah terhadap manusia yang terbaik. Dan ketika Eropah Barat dan Amerika Utara meraikannya sebagai satu nilai daripada apa yang mereka sebutkan sebagai pencerahan, iaitu kebebasan untuk menghina, memperlecehkan dan mengganggu. Adalah tidak menghairankan jika masyarakat mereka dikenali dengan perangai yang tidak tahu hormat dan suka merendah-rendahkan secara keseluruhan.” “Setelah masyarakat merasa selesa dalam menyalahgunakan nama Allah, NabiNya dan dalam keyakinan agama, ramai orang termasuk bukan hanya kaum Muslimin, di mana keluarga mereka menjadi rosak, berlaku penganiayaan terhadap anak-anak dan pornografi berleluasa, pemerintah Barat dan media cuba untuk memaksa supaya nilai-nilai mereka diterima di seluruh dunia.” “Selain itu, mereka juga melakukan perkara ini dengan melibatkan pemerintah di seluruh dunia Islam yang membantu Amerika Syarikat dan sekutunya dalam menerapkan nilai-nilai dalam masyarakat kita dan merendahkan nilai-nilai Islam melalui sokongan perang terhadap Islam. Pemerintah dunia Islam tetap diam ketika mereka (musuh Islam) menghina Islam seperti yang berlaku ini, malah memperkenalkan sistem politik dan pendidikan mereka di negeri kita.” “Penghinaan ke atas Nabi Muhammad SAW, serangan terhadap syariah dan penjajahan negeri-negeri kaum Muslimin tidak dapat diragukan lagi akan terus berlanjutan sehinggalah dunia kaum Muslimin membuang para penguasa boneka ini dan membangunkan sebuah pemerintahan Islam, iaitu Khilafah, yang akan berdiri menentang kekejaman terhadap Muslim dan Islam.” Menurutnya, meskipun fakta bahawa umat Islam di Barat diancam oleh ahli politik, media dan polis supaya berdiam diri, namun Hizbut Tahrir Britain akan terus bersuara, meningkatkan kesedaran dan meletakkan pandangan dalam keadaan yang paling efektif, lantang dan bersungguh-sungguh, contohnya terhadap penghinaan yang dibuat ini dan bertindakbalas terhadapnya. Bersuara dalam menentang keangkuhan dan pengabaian, serta menentang propaganda palsu dengan kebenaran dalam membela Nabi kita adalah kewajiban ke atas semua kaum Muslimin. “Selain itu, Hizbut Tahrir Britain akan terus menerus mendedahkan pengabaian rejim negara-negara Muslim yang telah menjadi hamba kepada Barat yang mengambil tindakan tidak efektif atau tiada tindakan dalam mempertahankan nilai-nilai Islam,” tegasnya lagi.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: