AQIDAH YANG MEMUASKAN AKAL DAN SESUAI DENGAN FITRAH MANUSIA

AQIDAH YANG MEMUASKAN AKAL DAN SESUAI DENGAN FITRAH MANUSIA

Pendahuluan

Akal adalah perkara terpenting yang dimiliki oleh manusia. Dengan akal manusia mampu berfikir, dan dengan berfikir, manusia mampu menentukan sikap dan tindakannya. Pemikiran (fikrah) atau pengetahuan yang masuk pada diri seseorang kemudian difikirkan dan akhirnya menjadi suatu pemahaman yang berhubungan erat dengan sikap dan tindakan. Jadi Pemahaman (mafhum) seseorang terhadap sesuatu akan menentukan sikap dan tindakannya terhadap sesuatu.

Fikrah yang sudah menjadi mafhum ini merupakan kunci jatuh bangunnya seseorang atau sesebuah umat.
“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan suatu kaum, sebelum kaum itu mengubah keadaannya sendiri.”(QS. Ar-Ra’d : 11)

Adapun fikrah yang mampu membawa diri atau ummat untuk bangkit adalah fikrah yang mendasar, iaitu fikrah menyeluruh yang secara langsung mempertanyakan posisi manusia di alam semesta ini dan secara langsung menjawab masalah utama yang ada pada diri manusia, iaitu pertanyaan-pertanyaan yang dibawa sejak lahir. Darimana aku datang? Untuk apa aku lahir ke dunia? Dan akan kemana aku setelah mati?

Untuk menjawab ketiga pertanyaan tersebut, hanya fikrah yang paling mendasarlah yang mampu secara langsung menjawab dan memecahkan masalah kehidupan. Fikrah yang demikian disebut AQIDAH, iaitu pemikiran yang paling mendasar dan menyeluruh tentang alam semesta, kehidupan dan manusia serta hubungan ketiganya (alam semesta, kehidupan, dan manusia) dengan alam sebelum dan sesudah dunia. Kalau digunakan gagasan di atas, ada tiga aqidah yang mampu menjawab pertanyaan tadi, hanyalah Aqidah Komunis, Aqidah Sosialis dan Aqidah Islam. Sebagai contoh, jawapan Komunis terhadap tiga pertanyaan utama tadi adalah :

Pertama : Manusia berasal dari benda, dan manusia tidak diciptakan oleh siapapun.
Kedua : Kerana tidak diciptakan siapapun, maka manusia dalam menjalani kehidupan di dunia bebas dalam melakukan apa jua tindakan sekalipun.
Ketiga : Kerana manusia berasal dari benda, maka apabila manusia itu, setelah binasa akan kembali menjadi benda.

Dengan demikian, masalah hidup mereka terjawab, dan mereka menjadi betul-betul bangkit, meskipun kebangkitan mereka menuju jahanam.

Sedangkan Aqidah Islam mengatakan “Tiada Tuhan selain Allah”. Ertinya beriman bahawa alam semesta beserta isinya ada penciptanya, iaitu Allah SWT. Dan Allah pun menurunkan suatu aturan baik untuk alam, kehidupan, mahupun manusia. Alam dan kehidupan menerima aturan tanpa menolak sedikit pun, sedangkan manusia diberi pilihan untuk menolak dan  juga menerima. Oleh kerana itu Allah SWT menurunkan para Rasul, dimana Rasul terakhir adalah Nabi Muhammad saw. Disamping itu manusia harus beriman kepada segala apa yang tercantum dalam Al-Quran yang merupakan firman Allah SWT. Tidak ada satupun yang patut ditolak, termasuk berita-berita mengenai alam ghaib, seperti malaikat, jin, iblis, hari kiamat, hari penghisaban, adanya sorga, neraka dan sebagainya.

Pengertian Mabda’ (Ideologi)

Pengertian Mabda’ dapat ditinjau dari dua segi, iaitu :
Segi bahasa, diambil dari bahasa aslinya iaitu bahasa Arab, mabda’ berasal dari suatu bentukan masydar mimy dari kata bada’a – yabda’u – bad’an –wa mabda’an, yang ertinya memulai.
Segi Istilah, mabda’ adalah aqidah yang berdasarkan akal (Aqidah Aqliyah) yang melahirkan aturan (nidzom). Dari makna istilah dapat difahami, bahawa mabda’ adalah aqidah aqliyah yang terpancar darinya aturan. Peraturan yang lahir dari aqidah ini tidak lain berfungsi untuk memecahkan dan mengatasi berbagai masalah hidup manusia, menjelaskan bagaimana cara pelaksanaan pemecahannya, memelihara aqidah serta untuk mengembang mabda. Serta penjelasan tentang tata cara pelaksanaan pemeliharaan aqidah dan pengembangan risalah da’wah, inilah yang dinamakan thariqah (metod). Adapun selain dari itu, iaitu aqidah dan berbagai pemecahan masalah hidup dinamakan fikrah, dengan demikian mabda’ mencakup dua bahagian iaitu fikrah dan thariqah.
Mabda’ hanya ada pada manusia yang merupakan satu-satunya makhluk yang mampu menerima dan menumbuhkan mabda’ tersebut. Mabda’ yang berkembang berdasarkan akal ada dua kelompok, iaitu :

1. Mabda’ yang berasal dari wahyu Allah SWT
2. Mabda’ yang berasal dari kegeniusan seorang manusia.

Keduanya merupakan asal muasal suatu mabda’. Mabda’ yang berasal dari wahyu Allah SWT, pasti kebenarannya (qath’i/pasti) sedangkan mabda’ yang lahir dari kegeniusan seorang manuisa patut diragukan (dzonni) kerana berasal dari benak manusia yang terbatas yang bersifat dugaan, kira-kira dan ada kemungkinan salah. Juga terpengaruh dengan lingkungan kehidupan yang manusia itu diami, misalnya marxisme yang membangkitkan komunisme dan sosialisme. Mabda’ ini lahir kerana terpengaruh yang ada saat itu, iaitu Eropah Barat pada Revolusi Industri. Jadi terbatas hanya pada zaman itu saja, perubahan zaman akan diikuti perubahan keadaan dan permasalahan yang timbul akan bertukar menjadi masalah lain. Oleh itu, mabda’ yang benar adalah mabda’ yang lahir dari wahyu Allah saja, sebagai Tuhan Pencipta alam semesta yang mengetahui segala sesuatu di dalamnya termasuk manusia, lengkap dengan penyelesaiannya.

Pengertian mabda’ yang mencakup fikrah dan thariqah di atas dapat digunakan untuk menguji apakah suatu fahaman termasuk mabda’ atau bukan. Kalau kita lihat di dunia ini, hanya ada tiga mabda’ iaitu: Sekularisme, Sosialisme/Komunisme dan Islam. Mabda’ Sekulerisme dikembangkan oleh Amerika Syarikat dan sekutu-sekutunya di Eropah Barat. Mabda’ Sosialisme/Komunisme yang dulu dikembangkan oleh Rusia dan sekutu-sekutunya di Eropah Timur. Sedangkan negara-negara dunia ketiga hanyalah daerah jajahan kedua kelompok tersebut. Adapun Mabda’ Islam sekarang belum dikembangkan oleh satu negarapun. Islam masih hidup dibenak umat pengembang da’wah, itupun hanya beberapa peratus sahaja, kerana ummat Islam yang lain benar-benar telah beriman kepada Sekularisme dan Sosialisme.

Adapun fikrah dan thariqah dalam suatu mabda’ tidak menentukan Kesahihan (benar atau salah) suatu mabda’. Tapi yang menjadi petunjuk kesahihan suatu mabda’ adalah kesahihan aqidahnya. Aqidah yang sahih memiliki tiga kriteria, iaitu : sesuai dengan fitrah manusia, memuaskan akal dan memberikan ketenangan batin. Mabda’ yang berlandaskan pada aqidah yang sahih adalah mabda’ sahih yang akan memperoleh kebangkitan yang sahih, iaitu kebangkitan yang mengarah kepada kebahagiaan hakiki.

Perbandingan Mabda’
Untuk mengetahui hakikat dari setiap mabda’ yang ada saat ini, kita harus membuat perbandingan yang mencakup beberapa segi diantaranya :

Asas Sekularisme/Kapitalisme

Mabda’ ini muncul kerana dosa gereja masa lalu. Sejak berkuasa di kerajaan Romawi hingga abad pertengahan di Eropah, gereja bekerjasama dengan kaum bangsawan (feudalis) yang secara terus menerus menindas rakyat. Sebodoh-bodohnya bangsa Eropah, lama-kelamaan merasa muak terhadap gereja, khususnya ketika masa Renaissance (lahir kembali) mulai muncul dan berkembang di Eropa. Sehingga terkenal satu slogan Revolusi Perancis: “Gantunglah feudalis terakhir dengan usus pendeta terakhir.” Ertinya, kedua-duanya harus dihabisi (dibunuh).
Dari sinilah lahirnya perselisihan antara kaum intelektual dengan kaum gereja yang bekerja sama dengan kaum bangsawan. Kaum gereja sebagai kaum yang mengatasnamakan Tuhan, ingin untuk berkuasa penuh. Sebaliknya kaum intelektual menghendaki dihilangkannya agama, kerana menimbulkan malapetaka bagi ummat manusia. Pendapat intelektual tersebut tidak terlepas dari keterbatasan manusia yang dipengaruhi lingkungan keadaannya. Mereka menganggap bahawa agama itu hanya Kristian, dan mereka kenal Kristian itu rosak, sehingga mereka menganggap bahawa agama itu merosakkan. Oleh kerana itu mereka bersikap keras untuk menyingkirkan agama dari kehidupan rakyat. Pergelutan terus berlangsung kerana satu pihak ingin mempertahankan kekuasaan, dan yang lain ingin merebutnya.

Setelah sekian lama, terutama setelah kaum gereja semakin ditekan, akhirnya ditemukan jalan tengah berupa kompromi, iaitu dengan memenangkan kedua belah pihak. Eksistensi gereja (agama) masih diakui, tetapi tidak boleh mengatur kehidupan. Yang mengatur kehidupan adalah manusia. Mereka menganggap Tuhan hanya sebagai pencipta makluk (God is watch maker), setelah diciptakan, makhluk itu dibiarkan berjalan sendiri. Mereka percaya, bahawa Tuhan menciptakan alam semesta ini, namun alam ini kemudian berjalan dengan sendirinya. Mereka menunjukkan adanya hukum alam sebagai bukti. Para ahli falsafah mengambil data ilmiah yang ditemukan oleh Isaac Newton (setelah membaca literatur-literatur Islam) berupa hukum “Graviti”, kemudian menyimpulkan bahawa alam ini mengatur dirinya sendiri. Oleh kerana itu mereka berkesimpulan bahawa setelah menciptakan manusia, Tuhan beristirehat dan manusia dibiarkan mengatur dirinya sendiri. Dari sinilah lahirnya Sekularisme.

Jadi Asas dari Sekulerisme adalah memisahkan agama dari kehidupan. Ertinya memisahkan agama dari hal kenegaraan kerana negara adalah lambang atau wakil dari kehidupan ummat. Jadi Sekularisme ini juga merupakan satu aqidah, kerana fahaman ini percaya adanya dunia, adanya alam sebelum dunia (pencipta) dan alam sesudah dunia (akhirat), hanya saja menganggap ketiganya tidak ada hubungan. Jadi, apapun yang dilakukan didunia ini tidak akan ditanya di akhirat, terutama yang ada hubungannya dengan gereja, sebab kehidupan dunia telah terbebas dari agama.

Komunisme

Asas Komunisme adalah Materialisme, iaitu bahawa alam semesta terdiri dari material (benda) belaka, tidak ada unsur roh sedikitpun. Material itu sendiri yang menciptakan kehidupan. Material itu abadi bahkan azali. Alam sebelun dan sesudah kehidupan dunia adalah material, sedangkan kehidupan dunia itu sendiri adalah jelmaan dari material yang bernafas. Asal kehidupan terjadi dengan sendirinya secara spontan. (Generatio spontaniae).

Dongeng tentang kehidupan yang mereka buat adalah bahawa hidup itu berasal dari material, material membentuk atom, atom membentuk molekul, kemudian membentuk asam amino. Tiba-tiba ada eletrik dan terbentuklah makhluk hidup yang paling sederhana iaitu virus. Dari virus berkembang dan berevolusi menjadi makhluk bersel kemudian menjadi makhluk-makhluk lain yang lebih kompleks, misalnya ikan, tikus, anjing, monyet dan akhirnya menjadi manusia.

Mereka mengingkari sisi rohani, iaitu adanya pencipta dibalik kehidupan. Mereka menganggap bayi lahir sekadar adanya pertemuan sperma dengan sel telur. Sehingga Descrates mengatakan “Beri aku material, maka kuciptakan kehidupan”.

Aqidah Komunis ini memang berbeza dari Sekularisme namun dalam memandang kebahagiaan di dunia ini mereka sepakat, bahawa “kebahagiaan” itu adalah meneguk sebesar-besarnya kenikmatan dunia.

Islam

Asas dari mabda’ Islam adalah aqidah Islam iaitu: “Laa ilaaha ilaallah Muhammadarrasulullah”. Penjabarannya adalah, bahawa disebalik alam semesta, kehidupan dan manusia ini ada pencipta, iaitu Allah ‘Azza wa jalla, inilah sisi kerohanian. Ertinya mengakui bahawa benda-benda itu adalah makhluk Allah, sedangkan wujud dari benda-benda itu adalah sisi materi. Jadi dalam beriman kepada Allah harus disertai iman kepada kenabian Muhammad Rasulullah dan iman kepada Qur’an tanpa ragu sedikitpun, sehingga apa yang datang dari Al-Quran harus diterima.

Dalam memandang dunia, alam sebelum dan sesudah kehidupan didunia ini Islam menyatakan adanya hubungan. Iaitu adanya Allah yang memberikan perintah untuk beribadah di dunia serta adanya perhitungan dan balasan diakhirat terhadap amal ibadah yang dilakukan di dunia. Jadi harus terikat dengan Syari’at Allah.

Dalam beramal, Islam mengenal pandangan mencampurkan material dengan roh. Misalnya, seseorang yang berbicara dengan orang lain, unsur materialnya adalah perbuatan berbicara itu, sedangkan unsur rohnya adalah kesedaran dari pembicara bahawa apa yang ia bicarakan itu akan dipertanggungjawabkan nanti dihadapan Allah SWT pada hari kiamat. Dalam masalah berdagang, unsur materialnya adalah perdagangan itu, sedangkan unsur rohnya adalah kesedaran pedagang, bahawa barang dagangannya dapat dipertanggungjawabkan kehalalan dan keharamannya menurut hukum Islam.

Proses Lahirnya Aturan Sekulerisme/Kapitalisme

Kerana asasnya memisahkan agama dari kehidupan, maka aturan harus lahir dari manusia. Manusialah yang berhak membuat aturan. Agama hanya tinggal di masjid-masjid atau gereja-gereja. Dilarang campur tangan agama dalam masalah kehidupan. Dikatakan bahawa agama tidak dilarang, tetapi hanya dibatasi. Agama adalah sesuatu yang suci, sehingga jangan sampai dicampur-adukkan dengan masalah politik, ekonomi, sosial, budaya dan lain-lain.

Komunisme

Komunis menganggap bahawa aturan lahir dari perkembangan alat produksi. Ketika alat produksi berupa kapak, lahirlah feudalisme. Ketika kapak diganti dengan mesin-mesin, lahirlah kapitalisme. Setelah kelas-kelas itu hilang, lahirlah sosialisme, dan pada akhirnya nanti akan terwujud syurga untuk komunisme. Dari sana kita bisa menyimpulkan bahawa aturan dari mabda’ ini diambil dari evolusi material.

Islam

Sedangkan Islam mengakui bahawa Allah SWT sebagai pemegang keputusan hukum, maka aturannya lahir dari syari’at yang ditetapkan Allah melalui Rasul-Nya. Dalam memecahkan setiap masalah, seorang muslim mempunyai tiga langkah ketika akan menghukumi suatu permasalahan, iaitu: Mempelajari permasalahan yang muncul, Mempelajari hukum yang berkenaan dengan permasalahan tadi, dan akhirnya mengambil hukum baik secara langsug mahupun secara istimbath.

Mabda’ yang Sahih

Setelah kita membandingkan ketiga mabda’ yang ada saat ini, maka kita dapat membuktikan dari ketiganya mana yang dapat dikategorikan sebagai mabda’ yang sahih dengan melihat kesahihan aqidahnya. Aqidah yang sahih adalah aqidah yang :

1. Sesuai dengan Fitrah
2. Memuaskan Akal
3. Mententeramkan batin

Dari ketiga mabda’ ternyata hanya Islam yang sesuai dengan fitrah manusia, kerana secara fitrah keadaan manusia itu terbatas, lemah dan membutuhkan perlindungan kepada sesuatu yang memiliki kekuasaan ang luar biasa dan ini dibuktikan dengan mengakui adanya Pencipta dan kekuasaan-Nya, sehingga hanya aturan dari Penciptalah yang berhak dijadikan sebagai tolak ukur perbuatan manusia dalam kehidupan dunia. Berbeza dengan mabda Sekularisme/Kapitalisme yang mengakui adanya Pencipta, tetapi menafikan kemahakuasaannya sehingga dalam menjalankan kehidupan dunia tidak menerima aturan dari sang Pencipta, dengan begitu jelas bahawa mabda ini tidak sesuai dengan fitrah manusia dari sisi memisahkan agama dari kehidupan, sehingga mabda ini menghendaki aturan yang dipakai dalam kehidupan dunia adalah aturan buatan manusia yang berlandaskan manfaat yang tidak ada hubungannya dengan agama. Sedangkan Komunis nyata-nyata tidak mengakui adanya Pencipta.

Aqidah Islam pun menyatakan bahawa alam semesta, manusia dan kehidupan ini diciptakan oleh Allah SWT sesuai dengan akal baik melalui pengamatan mahupun dengan bukti-bukti yang nyata. Tentunya setiap yang lemah, terbatas, serba kurang dan saling memerlukan satu dengan yang lainnya itu ada Penciptanya. Sehingga jika ada orang komunis menyatakan bahawa pencipta itu tidak ada, adalah tidak logik dan tidak dapat dibuktikan kebenarannya. Sedangkan pengakuan Sekularisme/Kapitalisme terhadap adanya Pencipta alam semesta, manusia dan kehidupan tapi menyatakan bahawa pencipta tidak mampu mengaturnya adalah jelas tidak logik pula. Sehingga kecuali Islam, kedua mabda lainnya (Komunis dan Kapitalis) tidak dapat memuaskan akal.

Ketika menyedari bahawa alam semesta, manusia dan kehidupan ini ada yang menciptakan dan Penciptanya pun menurunkan aturan (perintah dan larangan) yang tentunya harus dilaksanakan dalam seluruh aktiviti kehidupan yang pada akhirnya kita akan mempertanggungjawabkan seluruh aktiviti kehidupan kita dihadapan Pencipta, maka kita telah mendapatkan sedkit gambaran dari ketiga mabda yang ada saat ini dan Mabda’ Islamlah mabda’ yang sahih, ertinya dia memang sebuah mabda’ bukan ciptaan manusia. Bahkan dia ada lebih dahulu sebelum munculnya Kapitalisme dan Sosialisme. Jadi salah besar jika dikatakan bahawa Islam adalah hasil olahan Kapitalisme dan Sosialisme, dengan mengambil yang baik-baik saja dari keduanya. Islam adalah kepunyaan Allah SWT sebagai Pencipta alam semesta beserta seluruh isinya dan Allah SWT hanya meredhai Islam untuk manusia, yang lain adalah bathil dan pasti akan lenyap, cepat atau lambat.

“Pada hari ini telah Ku-sempurnakan kepadamu agama kamu dan telah Ku-cukupkan atas kamu nikmat-Ku, dan Aku telah redha Islam sebagai agamamu….” (QS. Al-Maidah:3)

“Sesungguhnya agama yang diredhai disisi Allah hanyalah Islam”. (QS. Ali Imran:19)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: