BAHAYA AHBASH-Kejahilan Membawa kesesatan

Kementerian Wakaf Mesir- Dr Fikri Ismail mengulas tentang AHBASH

Dr. Fikri Ismail wakil kementerian Wakaf Mesir bahagian Dakwah berkata:

Tidak pernah lagi sepanjang sejarah di dalam ahli sunnah wal jamaah mereka berbeza di dalam masalah Aqidah. Dan tidak pernah berlaku juga mereka mengkafirkan salah seorang dari ulamak yang dikenali kerana ketaqwaan, kewarakan, keluasan ilmu dan keikhlasan mereka kepada agama sama ada di dalam atau di luar Lubnan.

Dan untuk pertama kalinya muncul seorang lelaki yang pelik dari Habsyah, pelik dari segi pemikiran dan method yang diikutinya di dalam menyebarkan fitnah di kalangan ahli sunnah wal jamaah. Pertama kali juga tersebarnya kalimah takfir (pengkafiran) melalui lisan sebahagian mereka. Juga pertama kalinya terjadi masalah kekeluargaan lalu anak-anak mengkafirkan ayah-ayah mereka dan berlakunya persengketaan dan perpecahan antara ayah dengan anak-anak. Dan pertama kali juga berlaku pengkafiran diantara isteri dan suami yang menimbulkan pergaduhan rumahtangga sehingga isteri menuntut cerai dari suami. Dan pertama kalinya muncul mereka yang melampau ke atas ulamak besar ahli sunnah wal jamaah yang beramal dan berjuang di atas agama dengan cara yang dipenuhi dengan hasad dengki dan menghukum para ulamak sebagai kafir.

Sesungguhnya al-Habasyi mengkafirkan ulamak besar seperti Ibn Taimiyyah, Ibn Qayyim al-Jauziyyah, Sayyid Qutub, Muhammad Mutawalli al-Sya’rawi, Muhammad al-Ghazali, Sayyid Sabiq dan Syaikh Taqiuddin An-Nabhani. Di antara ulamak Lubnan yang mereka kafirkan Hassan Khalid, Subhi Soleh, dan Faisal Maulawi dan banyak lagi yang mereka kafirkan dari ulamak-ulamak Al-Azhar al-Syarif. Tetapi persoalannya kenapa mereka menyerang ulamak besar yang mereka ini dii’tiraf dengan keilmuan di sepanjang sejarah ahli sunnah wal Jamaah baik dalam aqidah dan pemikiran?

Sebabnya iri hati dan hasad dengki dan suka untuk menonjolkan diri dengan menganggap sebagai ulamak besar. Maka al-Habasyi dari satu sudut seorang ta’asub kepada bangsa lalu dia ini membenci orang arab, dari sudut yang lain pula dia ini secara batinnya berhasad dengki dengan ahli sunnah.Walaupun dia ini mendakwa ahli sunnah tetapi dakwaan ini memerlukan kepada dalil atau bukti.Dan tidak ada maklumat yang kukuh yang menyatakan apakah tujuan sebenar disebalik kedatangannya ke Lubnan dan menghimpunkan orang-orang yang jahil di sekelilingnya…

Fatwa Sheikh Abu Muhammad Al-Maqdisi: Bahawasanya Ahbash lebih Teruk Dari Khawarij Malah Mereka Sesat.

Begitu juga fatwa al-Syeikh Abu Qatadah Umar bin Mahmud Abu ‘Umar Jawapan kepada soalan dari umat Islam di Australia

Namun apa yang aneh dan Peliknya bagaimanakah Ulama Malaysia boleh memberi pengiktirafan kepada Jamaah Sesat Ahbash?saya terpanggil untuk bertanya dengan beberapa Ulama pengkhususan Aqidah di Malaysia tentang hal ini .

Alhamdulilah jawapan yang diberikan amat memuaskan iaitu “kami Para-para ahli ilmu tidak mengenali abdullah harari sekalipun bertemu dengannya , Yang kami kedengaran hanyalah daripada beberapa anak-anak muridnya yang cuba membawa Anasir firqah Takfir ini ke malaysia yang kononya bertopengkan Aqidah Ahli Sunnah Wal-Jamaah.Manakala mereka ini hanyalah kambing Hitam beberapa Badan Swasta yang membencikan Ahli Sunnah.

Menjawab isu Pengiktirafan yang diberi oleh Ulama malaysia adalah satu pengiktirafan rambang tanpa mengenali individu tersebut bagaikan “Ayah Pin diiktirafkan Ulama Indonesia dan Thailand.Ini kerana mereka hanya mendengar tanpa mengenali dengan lebih dekat .

Sepatutnya dan sewajibnya Tazkiyah(pengiktirafan) diberi dengan cara yang “tsiqah”benar” dengan mengenali puak atau individu dengan lebih dekat dan sekurang-kurangnya bertanyakan Ulama-Ulama Didalam negaranya dan Ulama yang berjiran dengannya .

Permasalahan timbul adalah ulama-ulama hatta Mufti Lubnan menyatakan Ahbash sesat dan Mufti Syria juga menyatakan pendiriannya akan kesesatan Ahbash .

Fatwa Dr wahbah Zuhaily

س: السلام عليكم ورحمة الله وبركاته.
تقدم لأختي شاب ووافقنا، وبعد أن خطبها قال لها: إنه من جماعة الأحباش. فما أهم معتقدات هذه الجماعة؟
وإذا تزوجت أختي منه فما حكم هذا الزواج؟

ج: بسم الله، والحمد لله، والصلاة والسلام على رسول الله، وبعد:
نحن نقول بأن المسلمين الذين ثبتت صحة ديانتهم هم مسلمون، ويجوز الزواج منهم والتزويج إليهم، لكني أنصحك بعدم الموافقة على هذا الزواج؛ لأن هؤلاء الجماعة لديهم أفكار وآراء لا تتفق مع ما هو مقرر لدى جماهير الأمة الإسلامية.
فيكون هناك احتمال للوقوع في مشاكل ومصادمات وخصومات بسبب هذه الآراء الشاذة التي يقررونها ويعتقدون بها.
هذا من قبيل النصيحة. والله يتولى

الصالحين. والله أعلم.

soalan:
Seorang pemuda meminang adik perempuan saya. Selepas peminangan, pemuda ini berkata kepada adik saya bahawa dia dari dari golongan al-Ahbasy. Apakah i’tiqad-i’tiqad mereka yang penting. Apabila adik saya berkahwin dengan pemuda ini, apakah hukum perkahwinannya?

Jawapan al-Zuhailiy: Kita mengatakan, bahawa muslimin apabila sabit benar agamanya maka mereka adalah dari kalangan muslimin. Boleh perkahwinan dengan mereka. Namun, saya menasihati anda agar tidak bersetuju atas perkahwinan ini (dgn pemuda al-Ahbasy). Kerana mereka (al-Ahbasy) mempunyai pandangan dan pendapat yang tidak menepati apa yang telah ditetapkan oleh jumhur umat Islam.

Di sana barangkali akan berlaku masalah dan pertelagahan disebabkan pendapat-pendapat ganjil (syaz) yang mereka pegang dan i’tiqadkan.

DR WAHBAH AL-ZUHAILY merupakan Ulama terkemuka di Syria dan merupakan ulama Junjungan dan dihormati Dunia, pernah menjadi Ketua Ulama Dunia dan masih menganggotai Majlis Ulama dunia bukan seperti “Ahbash Sheikhul Fitnah”!

Katanya : Mereka adalah kumpulan sesat lagi menyesatkan wajib menjauhkan diri daripada mereka dan berhati2 dgn mereka.Kumpulan mereka adalah kumpulan fitnah dan berfatwa mengikut hawa nafsu..Menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal. Meraka juga dibimbangi mempunyai hubungan dgn negara luar Amerika..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: