Manhaj Dakwah Nabi VS Dakyah Ahbash

Ustaz Fathul membongkar satu demi satu tentang gerakan
ekstrim yang menular di Malaysia. Gerakan ini dikenali dengan nama
al-Ahbash. Mereka gemar mengkafirkan orang-orang yang lain. Bahkan
penyakit ini menular dikalangan rakyat Malaysia bahkan seorang yang
mengaku ustaz, dengan jelas mempromosi gerakan ini dengan mempromosi
pengasasnya iaitu Shaikh Abdullah al-Harari- semoga Allah merahmati dan
mengampuninya-.

Malang dan malang, sifat dakwah mereka yang unik. Mereka tidak segan silu mencerca orang lain, masakan tidak perkataan kafir seolah-olah sifir harian mereka. Mencerca batang tubuh orang, kecacatan tubuh badan. Ustaz yang bergelar Abu-Syafiq ini dengan beraninya menghina mufti Saudi kerana mereka buta. Bahkan dengan sifat tidak hormat kepada Al-Quran, beliau menggunakan ayat yang menyatakan bahawa mereka yang buta di dunia akan buta di akhirat. Dan dengan sewenangnya beliau menggunakan ayat tersebut untuk menyerang ulama-ulama Saudi yang buta seperti Asy-Shaikh Abdul Aziz bin Baz, Asy-Shaikh Alu.

Bukan itu sahaja, beliau juga pernah memaparkan gambar seorang ulama saudi dengan meletakkan perkataan Syaitonul Ins fi zamanihi, yang bermaksud ‘Syaitan Manusia di zamannya’.

Nauzubillah Min Dzalik. Malam tadi Ustaz Fathul bari menasihatkan sekalian sahabat, jangan meniru sikap pelopor dan penyokong-penyokong Ahbash ini. Jika perlu, kita akan membongkar kesesatan mereka, akan tetapi bukanlah menjadi manhaj Al-Quran dan As-Sunnah untuk menghina batang tubuh manusia. Ustaz Fathul menasihatkan supaya kita mengelakkan daripada mencerca batang tubuh mereka, bahkan jangan sesekali menghina rupa paras Shaikh Abdullah al-Harari-semoga Allah merahmati dan mengampuninya. Biarlah mereka mencaci, menghina, mencarut, mengeji, sabarlah wahai sahabat-sahabat. Rasulullah SAW dihina dengan lebih teruk lagi, ikutilah sunnah Baginda SAW.

Ustaz Fathul Bari juga mengingatkan janganlah kesemua yang ada ini menghabiskan sisa-sisa masa yang ada untuk memerangi ajaran sesat yang bernama Ahbash ini. Biarlah cukup dengan beberapa orang sahaja menentang mereka. Lebih baik diisi masa-masa kita dengan belajar ilmu-ilmu lebih-lebih lagi ilmu Syariah seperti Aqidah, Feqh dan Akhlak. Kesibukan menentang mereka ini akan hanya menghabiskan masa kita untuk mentelaah kitab-kitab mereka dan membongkar kesesatan mereka. Sedangkan banyak lagi kerja yang lebih berfaedah untuk semua penuntut ilmu lakukan. Bahkan ustaz memberikan contoh pada malam itu, hanya kerana untuk memberikan penerangan tentang Ahbash, maka kita tidak dapat mengambil faedah daripada hadith 2 dan 3 di dalam Bulughul Maram. Tapi, kerana terpaksa, untuk menangkis dan menyediakan pelajar-pelajar supaya lebih bersedia sekiaranya nanti puak-puak takfir ini datang menyerang.

Selepas itu ustaz menerangkan jugak bagaimana puak-puak Ahbash ini dengan semberonon mengkafirkan Syed Qutb, Hassan al-Banna. Ustaz Fathul mencabar, tunjukkan satu sahaja fatwa-fatwa ulama Saudi yang mengkafirkan kesemua tokoh al-Ikhwan al-Muslimun di atas. Tunjukkan!
Bandingkan bagaimana mereka mengkritik tokoh-tokoh al-Ikhwan, dan
bandingkan bagaimana dengan takfir golongan Ahbash ke atas tokoh-tokoh
Ikhwan ini. Lihatlah bagaimana ulama Saudi yang digelar wahhabi oleh
segelintir puak ini, dalam mengkritik tokoh-tokoh Ikhwan mereka tidak
sesekali mengkafirkan tokoh-tokoh Ikhwan ini. Bagaimana pula dengan
Ahbash? Jauh Panggang dari api!

Ustaz juga mencabar untuk menunjukkan satu sahaja fatwa Saudi yang menghina susuk tubuh Shaikh Abdullah al-Harari! Tunjukkan! Tidak akan terjumpa satu pun sedangkan mereka ini dengan bangga menghina insa-insan yang buta. Mungkin mereka lupa sahabat Nabi, Abdullah ibn Makhtum ra juga buta.

Wallahu’alam.

Terdapat juga pelajar-pelajar UIA yang telah terpengaruh dengan ajaran Ahbash. Lihatlah bagaimana dengan mudah beliau menghina, mencaci dan
mengkafirkan orang lain. Bahkan memfitnah!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: