PUSAT TAHFIZ AL-QUR’AN HAJI LAH TERSOHOR DI MALAYSIA

PENDAFTARAN TERBUKA!

PUSAT TAHFIZ AL-QUR’AN HAJI LAH

BANGGOL KULIM, 17200, RANTAU PANJANG, KELANTAN

Tenaga-tenaga pengajar Pusat Tahfiz ini adalah lepasan dari Mekah, Mesir, Yaman, dan Patani. Tuan Guru Haji Lah sendiri telah menuntut di Mekah selama 23 tahun dan mempunyai pengalaman mengajar di Mekah dan Mesir. Pusat Tahfiz ini mengajar pelajarnya secara mendalam di dalam bidang Tajwid, Tahfiz dan Tarannum. Pusat Tahfiz ini telah melahirkan ramai para Hafiz yang sering menjadi johan di dalam Musabaqah Pertandingan Hafazan Malaysia setiap tahun. Pusat Tahfiz ini terkenal dengan ketelitian di dalam masalah Tajwid.

Testimoni Pelajar

Taufiq, 16 tahun

“Alhamdulillah, dengan izin Allah, saya berpeluang menghafaz keseluruhan Al-Qur’an di dalam masa 1 tahun 2 bulan. Ilmu Bahasa Arab membantu saya menghafaz dengan lebih mudah.”

Aiman, 12 tahun

“Suasana pembelajaran di sini sangat sesuai untuk pelajar Tahfiz. Setakat ini saya sudah menghafaz 8 juzuk”

Zulhisyam, 13 tahun

“Ustaz-ustaz di sini banyak membantu membentuk keperibadian saya. Sehingga kini saya telah menghafaz 14 Juzuk dan juga sudah mampu melagukan ayat-ayat Al-Qur’an dengan lagu Tarannum jenis Nahwan dan Ras.”

Kelebihan Ibu Bapa yang menghantar anaknya menghafaz Al-Qur’an

Sabda rasulullah saw:

“Daripada Ali Bin Abi Thalib Karramallahu Wajhah ia berkata, “Barangsiapa membaca Al Quran dan menghafalnya, maka Allah akan memasukkannya kedalam syurga dan memberikannya hak syafaat untuk sepuluh anggota keluarganya di mana mereka semuanya telah di tetapkan untuk masuk neraka.

Sabda rasulullah s.a.w.:

“Daripada Buraidah Al Aslami ra, ia berkata bahawasanya ia mendengar Rasulullah s..a.w bersabda: “Pada hari kiamat nanti, Al Quran akan menemui penghafalnya ketika penghafal itu keluar dari kuburnya. Al Quran akan berwujud seseorang dan ia bertanya kepada penghafalnya: “Apakah anda mengenalku?”.

Penghafal tadi menjawab; “saya tidak mengenal kamu.” Al Quran berkata; “saya adalah kawanmu, Al Quran yang membuatmu kehausan di tengah hari yang panas dan membuatmu tidak tidur pada malam hari. Sesungguhnya setiap pedagang akan mendapat keuntungan di belakang dagangannya dan kamu pada hari ini di belakang semua dagangan. Maka penghafal Al Quran tadi di beri kekuasaan di tangan kanannya dan diberi kekekalan ditangan kirinya, serta di atas kepalanya dipasang mahkota perkasa. Sedang kedua orang tuanya diberi dua pakaian baru lagi bagus yang harganya tidak dapat di bayar oleh penghuni dunia keseluruhannya. Kedua orang tua itu lalu bertanya: “kenapa kami di beri dengan pakaian begini?”. Kemudian di jawab, “kerana anakmu hafal Al Quran.”

Kemudian kepada penghafal Al Quran tadi di perintahkan, “bacalah dan naiklah ketingkat-tingkat syurga dan kamar-kamarnya.” Maka ia pun terus naik selagi ia tetap membaca, baik bacaan itu cepat atau perlahan (tartil)”

Sekiranya kita berharap anak-anak kita suatu hari nanti akan menjadi doktor, jurutera, arkitek, dan pensyarah, kenapa tidak mempunyai cita-cita supaya sekurang-kurangnya satu orang daripada keluarga kita menjadi Al-Hafiz?

Yuran Bulanan: RM170

Pendaftaran terbuka untuk:

  1. Pelajar sepenuh masa
  2. Pelajar yang hanya datang belajar ketika musim cuti.
  3. Pelajar sekolah rendah, sekolah menengah, dan universiti.
  4. Pelajar muslimin & muslimat (asrama dan tempat pengajian muslimin & muslimat terpisah dan berada di tempat yang berjauhan)

Untuk sebarang pertanyaan hubungi: 014-8202714

About these ads

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: