PTPTN: Membantu atau Menyusahkan Mahasiswa?

Di dalam membahaskan soal PTPTN, kita perlu mengetahui sebab disebalik wujudnya PTPTN. PTPTN ini lahir pada tahun 1997 ketika Malaysia sedang mengalami kemelesetan ekonomi. PTPTN ini diwujudkan agar kerajaan dapat ‘lepas tangan’ dari mengurus hal-hal pembiayaan pendidikan buat mahasiswa-mahasiswa di peringkat pengajian tinggi. Walaupun Malaysia pada saat ini telah melepasi zaman kemelesetan ekonomi, kerajaan tetap membiarkan para mahasiswa dibebani dengan hutang PTPTN kerana hal ini akan lebih menguntungkan kerajaan walaupun terpaksa berhadapan dengan kemarahan mahasiswa yang semakin lama membuak-buak.

Terlalu banyak keburukan yang ditimbulkan oleh PTPTN, antaranya ialah Menyekat Hak Individu untuk keluar dari Malaysia sekiranya tidak melunaskan hutang PTPTN. Persoalannya, hutang itu bukanlah hutang pokok yang asal, tetapi hutang yang telah ditambah dengan bunga riba! Walaupun seseorang individu yang telah melunaskan semua hutang pokoknya, dia tetap akan dihalang daripada keluar ke luar negara, hanya kerana tidak melunaskan pembayaran bunga riba yang haram. Maka hal sedih yang berlaku ialah ramai diantara individu yang ditahan daripada mengerjakan umrah dan haji. PTPTN juga meletakkan syarat kepada mahasiswa yang meminjam agar tidak terlibat di dalam politik. Bukankah berpolitik merupakan kewajipan setiap muslim yang sudah baligh? Sekiranya seorang artis seksi datang membuat konsert di dalam universiti, bukankah itu merupakan kewajipan setiap mahasiswa untuk berdemonstrasi membantah kedatangan artis tersebut? Begitu juga sekiranya Menteri Luar Negeri Amerika bertandang ke universiti, bukankah itu merupakan kewajipan bagi setiap mahasiswa muslim untuk membantah kehadiran menteri kafir di sebuah negara yang telah banyak menjajah kaum muslimin di Iraq dan Afghanistan?

APA ITU RIBA?

Riba menurut bahasa bererti tambahan. Sedangkan mengikut syara’, riba adalah tambahan yang diperolehi dari seseorang yang meminjam(barang atau wang) disebabkan oleh tangguhan tempoh atau masa pembayaran. Walaubagaimanapun, pengertian riba adalah pelbagai tetapi tidaklah bertentangan daripada makna asal

Terdapat 2 jenis riba’ di dalam PTPTN:

1. Riba Nasi’ah: Memberi hutang kepada orang lain dengan tempoh, yang mana jika lewat membayar, akan dinaikkan jumlahnya

2. Riba Qardh Suatu pinjaman wang dengan syarat ada keuntungan kepada yang memberi pinjaman

Firman Allah SWT: “Orang-orang yang makan(mengambil) riba tidak dapat berdiri melainkan seperti berdirinya seperti berdirinya orang yang kerasukan syaitan kerana penyakit gila. Keadan mereka yang demikian itu adalah disebabkan mereka berkata(berpendapat), sesungguhnya jual-beli itu sama dengan riba. Padahal Allah telah menghalalkan jual-beli dan mengharamkan riba.[TMQ al Baqarah (2):275]

Riba adalah Keharaman yang telah ditetapkan oleh Allah di dalam Al-Qur’an. Malah Allah mengumumkan perang kepada pemakan dan pemberi riba termasuk mengatakan golongan pemakan riba bagaikan orang yang kerasukan syaitan!

Kaedah Fiqh: “Setiap bentuk qardl (pinjaman) yang menarik manfaat adalah riba” [Fiqh Sunnah, Sayid Sabiq]

Hadith: “…Ribâ itu mempunyai 73 jenis; sedangkan yang paling ringan adalah seperti seseorang yang bersetubuh dengan ibunya…”

[HR. Ibnu Majah dan Al-Hakim, no. 2275, dari Ibnu Mas'ud dengan sanad shaih]. “…Satu dirham yang diperoleh seseorang dari hasil riba lebih besar dosanya 36 kali daripada perbuatan zina dalam Islam…” [HR. Baihaqi dari Anas bin Malik]

MasyaALLAH, 1 dirham pada hari ini bersamaan dengan RM28. Rasulullah saw menegaskan kepada kita, walaupun sekecil mana riba itu, riba yang sangat sedikit dan tidak menindas itu tetaplah haram disisi Allah dan Rasul! Bahkan Rasulullah saw membuat perbandingan orang yang memakan riba yang paling sedikit sebesar 1 dirahm(RM28) ini seperti orang yang berzina dengan ibu kandungnya 36 kali! Umat Muslim merasa sangat jijik dengan perkataan zina, walaubagaimanapun, mereka tidak merasa apa-apa dengan riba sedangkan mengambil riba itu jauh lebih hina dari seorang pelacur yang berzina 36 kali!

HELAH PTPTN

Terdapat dua keadaan di mana seseorang tidak perlu membayar bunga riba PTPTN iaitu:

1) Mendapat ijazah kelas pertama samada di IPTA/IPTS (ditukar kepada biasiswa sepenuhnya)

2) Membayar secara ‘lump sum’ atau pembayaran penuh dalam masa 6 bulan daripada tarikh tamat pengajian atau berhenti daripada pengajian. (terlepas daripada caj perkhidmatan)

Kenyataannya, mahasiswa yang mendapat ijazah kelas pertama hanyalah segelintir kecil sahaja daripada semua peminjam PTPTN, iaitu hanya 2,162 orang daripada 1.85 juta peminjam PTPTN! Peratusan peminjam PTPTN yang mendapat ijazah kelas pertama hanyalah 0.001% sahaja! Persoalannya, mengapakah hanya pelajar pandai sahaja yang mendapat kelebihan ini? Apakah hanya ibu bapa pelajar yang pandai sahaja yang membayar cukai? Kerajaan yang ‘baik hati’ telah memeras ugut rakyat dengan cukai tetapi tetap tidak menjalankan tanggungjawab mereka!

Persoalan lain yang timbul pula ialah siapakah yang mampu bayar ‘lump sum’ dalam tempoh 6 bulan setelah selesai pengajian sedangkan mereka baru sahaja hendak mencari pekerjaan? Sedangkan seorang peminjam PTPTN akan meminjam sekitar RM20-30 ribu. Hanya orang kaya sahaja mampu membayar ‘lump sum’ dalam tempoh 6 bulan dan pastinya orang kaya tidak akan meminjam dari PTPTN! Nampaknya PTPTN hanya meletakkan beberapa tawaran seolah-olah menunjukkan bahawa PTPTN ini adil dan baik walaupun sebenarnya jauh dari kenyataan yang sebenar.

KONTROVERSI KADAR PERATUS

Kadar faedah PTPTN telah berevolusi bermula dari 4% – 5% pada 1 November 1997, kemudian menjadi 3% (Kos Perkhidmatan) pada 1 januari 2004, dan akhirnya menjadi 1% (Ujrah) pada 28 Julai 2008. Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal-Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-51 yang bersidang pada 11 Mac 2002 telah membincangkan Pinjaman Pendidikan Mengikut Prinsip Syariah. Muzakarah memutuskan bahawa mengikut kaedah Syariah, PTPTN boleh menggunakan kos perkhidmatan mengikut perkiraan yang sebenar ke atas pinjaman yang diberikan kepada pelajar. Pada tahun 2008 pula, Majlis Fatwa Kebangsaan memutuskan caj perkhidmatan yang dikenakan PTPTN ke atas peminjamnya tidak menyalahi syarak tetapi mahu 3% yang sedia ada diturunkan bagi meringankan beban mahasiswa. Persoalan yang timbul disini ialah sekiranya caj perkhidmatan 3% sudah Islamik, kenapa perlu tukar kepada ujrah 1%? Kalau yang lebih islamik adalah yang lebih murah, maka bukankah 0.5% adalah lebih islamik?? Serendah mana sekalipun kadar bunga yang dikenakan, ia tetaplah riba.

UJRAH: HELAH RIBA

Hadith: “Akan datang suatu saat nanti, di dalam umat ini tatkala orang-orang menghalalkan riba dengan dalih ‘perdagangan’ [HR Ibnu Bathah dari al Auza’i]

Ujrah di dalam bahasa arab bermaksud Upah iaitu ganjaran yang diberikan kepada satu pihak selepas melaksanakan sesuatu perkhidmatan. Persoalannya, Perkhidmatan apakah yang dibuat oleh PTPTN? PTPTN hakikatnya tidak melakukan sebarang perkhidmatan, melainkan menjadikan pinjaman sebagai asas perniagaan. Yunos Abdul Gani yang merupakan Ketua Eksektif PTPTN menyatakan bahawa “Bayaran balik PTPTN adalah sama dengan kiraan bank.” (Berita Harian, 4 Januari 2008). Jadi dimanakah sebenarnya yang dikatakan mengikut hukum syara’? Adakah PTPTN ditubuhkan untuk membantu pelajar atau untuk mengaut keuntungan seperti bank yang menawarkan pakej pinjaman beserta faedah?

PENYELESAIAN BAGI PTPTN

Jangka Masa Pendek: Agar PTPTN menjadi sesuai mengikut tuntutan syara’, maka kerajaan wajib mengubah PTPTN menjadi Qardhul Hasan (Pinjaman yang baik tanpa helah riba) atau mengubahnya menjadi Biasiswa Penuh (Percuma). Mahasiswa perlu berjuang menyerukan pada kerajaan bahawa PTPTN tidak seharusnya menjadi alat politik kerana pendidikan merupakan tanggungjawab negara. Sesungguhnya kerajaan Malaysia mampu memberikan biasiswa penuh kepada semua mahasiswa kerana sumber alam di Malaysia yang kaya seperti minyak dll. Kerajaan mampu membina istana negara berharga RM800 juta, mengapakah kerajaan tidak mampu menyediakan biasiswa penuh bagi semua mahasiswa? Sekiranya kerajaan tidak mampu menyediakan biasiswa penuh, kerajaan seharusnya memberikan pinjaman tanpa helah riba pada mahasiswa, bukannya malah memaksa mahasiswa mengambil PTPTN Riba yang jelas-jelas haram!

Jangka Masa Panjang: Tolak Sistem Kapitalis, Tegakkan Syariah dan Khilafah. Daulah Khilafah pernah membina Baitul Hikmah yang mana sesiapa sahaja yang menterjemah buku dari bahasa yunani kepada bahasa arab akan diganjarkan oleh khalifah emas seberat buku yang diterjemah!

TAUBAT: TINGGALKAN RIBA

Bagaimanakah seseorang mahasiswa ingin bertaubat dan berhenti dari mengambil pinjaman PTPTN yang riba? Jika seseorang itu masih dalam pengajian dan mahu berhenti meminjam PTPTN, maka dia harus menghantar surat untuk berhenti meminjam dari PTPTN dan juga menghantar surat untuk ditangguhkan pembayaran sehinggalah dia menyelesaikan pengajian. Firman Allah SWT: “Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan tinggalkan sisa riba jika kamu orang beriman.Jika kamu tidak melaksanakannya, maka umumkanlah perang dari Allah dan RasulNya” [TMQ al Baqarah (2) : 278-279] Maka wajib bagi setiap individu yang pernah terlibat dengan PTPTN untuk bertaubat dengan bersungguh-sungguh dan berjanji untuk tidak lagi mengulangi mengambil apa jua jenis riba termasuk dari bank-bank yang ada pada hari ini. Kesimpulannya, di dalam Islam, jika seseorang memberi pinjam kepada saudaranya, maka haram baginya mengenakan apa jua ‘kos’, atau dengan nama apa sekalipun, dengan tujuan untuk mendapat ‘lebihan’ dari pinjaman yang diberi. Lebihan ini sebenarnya adalah riba. Padahal di dalam Islam memberi pinjaman itu lebih besar pahalanya sebanyak 18 kali ganda daripada memeri sedaqah. “Takutlah kepada Allah, dan tinggalkanlah apa yang tersisa dari riba”[TMQ al Baqarah (2):278]

One Response to “PTPTN: Membantu atau Menyusahkan Mahasiswa?”

  1. mz Says:

    keterangan yg sgt bagus :)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: